Pertanyaan Lazim

Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan yang sering ditanya tentang kursus online bersijil kami.

Bagaimana cara penilaian dibuat?

Penilaian Kursus Sijil berdasarkan kehadiran dan keaktifan pelajar dalam kelas seperti rajin bersoal jawab. Pelajar Wajib membuat Assignment yang akan ditetapkan.

Boleh kah bayar yuran pengajian secara ansuran?

Pembayaran penuh untuk sijil pengajian Rm400 / Pendaftaran rm200 & ansuran diterima Rm100 sebulan.( Selama 4 bulan). Begitu juga sijil yang lain dan teknikal mengikut kadar yang telah dipersetujui seperti didalam iklan sijil.

Ada had umur masuk Akademi?

Tiada Had umur, berminat, boleh membaca, selagi sihat pada akal dan tubuh badan.

Tiada SPM boleh belajar di Akademi Bangsawan?

InsyaALLAH boleh, kita memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang berminat ingin belajar.

Ada kelas Fizikal/F2F?

Kelas dilakukan secara atas talian sahaja.

Bilakah kelas Sijil akan bermula?

Kelas akan bermula pada awal Februari 2024 pada fasa pertama dan seterusnya bulan April pada fasa kedua.

Pertanyaan Lazim

Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan yang sering ditanya tentang kursus online bersijil kami.

Adakah Sijil di Akademi Bangsawan diiktiraf?

Sijil kami layak memohon tauliah di Jabatan Agama Islam negeri bagi sijil-sijil berkaitan melalui proses permohonan dan temuduga. Manakala Sijil teknikal boleh diguna pakai dalam industri dan pekerjaan.

Ada MQA?

InshaAllah pihak Akademi Bangsawan sedang dalam proses permohonan sijil MQA namun buat masa sekarang MQA micro untuk sijil belum dibuka. Namun kami sedang membuat kerjasama bersama kolej & Universiti yang mempunyai MQA bagi lepasan sijil.

Bila Waktu kelas?

Ya, kelas dijalankan pada setiap hari Sabtu atau Ahad serta Isnin atau selasa mengikut sijil yang ditetapkan. Kelas akan dijalankan seminggu 3 jam sahaja secara atas talian dan mengikut jadual yang telah ditetapkan ( namun jika pensyarah ada urusan dan kecemasan, pensyarah boleh menentukan waktu kelas ganti yang sesuai). Setiap bulan pelajar perlu mengikuti 12 jam pembelajaran kelas yakni 2 atau 3 Subjek. Jadual akan diberikan sebelum kelas bermula nanti melalui group Whatsapp atau di dalam Google Classroom. 

Modul atau kitab disediakan?

Modul akan kami sediakan secara PDF sahaja memandangkan yuran yang murah dan fleksibel dan akan diberikan setelah membuat bayaran pendaftaran atau sebelum seminggu pembelajaran setiap subjek bermula.

Bagaimana dengan tenaga pengajar?

Sebahagian Tenaga pengajar kami mempunyai tauliah mengajar, bergelar Dr dan sebahagian merupakan guru dan pensyarah yang berpengalaman dari sekolah, kolej dan universiti awam dan swasta serta merupakan pendakwah bebas.

Bolehkah mohon zakat?

InsyaALLAH boleh cuba dan minta HQ Akademi Bangsawan mengeluarkan surat pengesahan pelajar dan pelajar sepenuh masa. Permohonan boleh dibuat dibawah fisabilillah.

Pertanyaan Lazim

Berikut adalah jawapan kepada pertanyaan yang sering ditanya tentang kursus online bersijil kami.

Boleh keluarkan KWSP?

Syarat pengeluaran KWSP di bawah KPM sahaja. AKB di bawah kod pendidikan di dalam pendaftaran syarikat 

Kolej dimana ya?

HQ kami beralamat di Jalan TU2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Sijil dikeluarkan oleh siapa?

Sijil dikeluarkan oleh pihak AKADEMI BANGSAWAN dan pihak berkaitan bergantung pada sijil ditawarkan.

Bolehkah Sijil atau Diploma ini sambung ke Ijazah IPTA/IPTS?

InshaAllah boleh. Melalui sijil Akademi Bangsawan, pelajar boleh mohon Apel untuk layak memohon ijazah di IPTA / IPTS tempatan dan juga University di OuM, dan lain-lain.

Bolehkah rebat cukai LHDN pada yuran Akademi Bangsawan ?

InshaAllah boleh, sertakan resit yang bercop.

Apa itu Apel dan bagaimana mohon?

Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning). Setelah habis Sijil di Akademi Bangsawan, calon boleh membuat permohonan Apel di laman web, InshaAllah calon akan dibantu.